MN POWER SOLUTION

THE LEADING ELECTRICAL CONTRACTOR

MN Power Solutions

MN POWER SOLUTION didaftarkan pada 11 Sep 2017 dan beralamat di No.21-M, Jalan Perdana 2/7, Pandan Perdana, 53300 Kuala Lumpur. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan membaik pulih dan menyelenggara sistem elektrikal, mekanikal serta kerja-kerja sivil am, termasuk perkhidmatan kontraktor, landskap, pembersihan, dan hiasan dalaman bangunan.

MN POWER SOLUTION memiliki kumpulan kerja yang berkemahiran tinggi dalam bidang masing-masing. Pasukan penyelenggaraan kami sentiasa menerima latihan dan teknologi terkini untuk memastikan pelanggan mendapat sokongan teknikal berkualiti. Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai penyelenggaraan dan pembaikan sistem yang efektif, serta maklumat yang bermanfaat untuk pelanggan. Kakitangan kami sentiasa bersedia untuk menjawab pertanyaan dan memenuhi keperluan pelanggan.

Visi

  • Meletakkan Fokus Utama untuk memartabatkan perniagaan ke peringkat yang lebih
    tinggi seterusnya ke peringkat Antarabangsa.
  • Memberi tumpuan khusus yang menyeluruh dengan mewujudkan
    rangkain perkhidmatan yang bermutu dan memuaskan.
  • Memperluaskan perkhidmatan dan skop perniagaan disamping dapat
    menyediakan peluang perkerjaan. Dengan ini, dapat membantu
    menambahkan produktiviti Negara secara tidak langsung.

Misi

  • Membina keyakinan pelanggan dengan urusniaga yang memberi keuntungan kepada
    kedua-dia pihak.
  • Memberikan hasil kerja yang berkualiti dan senantiasa meningkatkan tahap
    perkhidmatan seiring dengan kemajuan teknologi dan kelengkapan. Dengan ini,
    perkhidmatan akan lebih baik dan terjamin berkualiti.

Perkhidmatan Syarikat

KEJURUTERAAN ELEKTRIKAL
KEJURUTERAAN MEKANIKAL
KEJURUTERAAN CIVIL
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN

Kejuruteraan Elektrikal

1. Merekabentuk, membekal, memasang, menguji dan mentauliahkan sistem
elektrik.
a) Voltan Tinggi
b) Voltan Rendah

2. Menguji, menyelenggara dan mentauliahkan sistem pemasangan
a) Voltan Tinggi
b) Voltan Rendah

3. Menguji, membaik pulih dan menyediagunakan semula sistem pemasangan
Elektrik untuk domestik dan industri

Kejuruteraan Mekanikal

1. Merekabentuk, membekal, memasang, menguji dan mentauliahkan sistem
kejuruteraan mekanikal.

2. Menguji, menyelenggara dan mentauliahkan sistem pemasangan Mekanikal

3. Menguji, membaikpulih dan menyediaguna semula pemasangan mekanikal untuk
domestik dan industri :-
a) Sistem bekalan air bangunan
b) Sistem sanitari bangunan
c) Sistem MATV bangunan
d) Sistem Telefon termasuk telefon kekunci
e) Sistem pemadam kebakaran
f) Sistem siarraya
g) Sistem CCTV
h) Sistem pendingin hawa bangunan
i) Sistem kawalan akses dan pintu pagar automatic
j) Sistem Automasi

Kejuruteraan Civil

1. Merekabentuk, membekal dan membina kerja-kerja kejuruteraan awam

2. Menyelenggara kerja-kerja kejuruteraan awam

3. Membaik pulih dan menyediakan semula kerja-kerja kejuruteraan awam
a) Binaan struktur & kerangka bangunan
b) Binaan kemasan & hiasan bangunan
c) Sistem kalis air bangunan
d) Peralatan tingkap dan pintu bangunan termasuk kerja kaca

Perkhidmatan Pembersihan

1. Perkhidmatan pengindahan/hiasan jalan/kawasan

2. Khidmat kebersihan dan rawatan/mengangkut sampah

3. Khidmat kebersihan bangunan dan pejabat

Galeri

Kami Sedia Untuk Memberi Yang Terbaik